Terma & Syarat
Kelate Friendship Run 2026 · Kemas kini terakhir: 30 Oktober 2026
Dengan mendaftar untuk Kelate Friendship Run 2026 ("Acara") — larian malam pada Jumaat, 30 Oktober 2026 di Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan — anda ("Peserta") mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma di bawah. Acara ini dianjurkan oleh Kelab Larian Kearong. Sila baca dengan teliti sebelum meneruskan pendaftaran & pembayaran. Pembelian Pakej Pos (jersi dihantar ke rumah) tertakluk kepada Seksyen 11.
1. Pendaftaran & Pembayaran
- Pendaftaran dibuka pada 18 September 2026 dan ditutup pada 18 Oktober 2026 (11:59 malam). Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak diterima.
- Pendaftaran hanya sah selepas pembayaran penuh diterima dan disahkan melalui Billplz (FPX).
- Kategori penyertaan ialah 5KM dan 2KM, dan yuran adalah sama bagi kedua-dua kategori — yuran mengikut jersi, bukan jarak. Yuran penyertaan dewasa ialah RM40 seorang (jersi lengan pendek) atau RM45 seorang (jersi lengan panjang). Yuran kanak-kanak ialah RM35 seorang (jersi lengan pendek). Saiz jersi 3XL ke atas dikenakan tambahan RM5 seorang.
- Kuota peserta ialah 400 orang secara keseluruhan (merangkumi kedua-dua kategori 5KM dan 2KM). Penyertaan tertakluk kepada ketersediaan, dan penganjur berhak menukar yuran atau kuota sebelum tarikh tutup pendaftaran.
- Pendaftaran berkumpulan (beberapa peserta dalam satu pesanan) dibenarkan. Setiap peserta mesti didaftarkan dengan nama dan nombor pengenalan tersendiri.
- Tiada caj pemprosesan FPX tambahan dikenakan kepada peserta — kos tersebut ditanggung oleh platform pendaftaran.
2. Pembatalan, Pemindahan & Bayaran Balik
- Pemindahan pendaftaran kepada individu lain hanya dengan kebenaran bertulis penganjur, dan sebelum tarikh tutup pendaftaran (18 Oktober 2026).
- Slot yang tidak digunakan pada hari Acara tidak boleh dituntut, diganti atau dipindahkan.
- Polisi bayaran balik akan dimaklumkan oleh penganjur. Halaman ini tidak menjanjikan mahupun menolak bayaran balik sehingga penganjur mengesahkan polisinya secara bertulis.
3. Pengambilan Kit Peserta
- Kit peserta diambil pada Sabtu, 24 Oktober 2026 di REGLES, 9 pagi hingga 6 petang.
- Kit mengandungi jersi dan gelang peserta. Nombor peserta anda dicetak pada gelang — tiada bib untuk disemat pada baju.
- Sila pakai gelang tersebut pada hari Acara; ia adalah pengenalan nombor peserta anda.
- Kaunter kit dibuka 9 pagi hingga 6 petang di REGLES Sportwear, Jalan Pasir Hor, Kampung Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
- Tak dapat datang sendiri? Boleh wakilkan sesiapa sahaja — dia cuma perlu No. Pesanan anda dan bawa Kad Pengenalan dia sendiri.
4. Pengisytiharan Kesihatan
- Dengan mendaftar, Peserta mengisytiharkan berada dalam keadaan sihat dan cergas untuk menyertai larian kategori yang dipilih (5KM atau 2KM).
- Peserta dengan keadaan perubatan (jantung, asma, darah tinggi, epilepsi, mengandung, atau lain-lain) diminta berunding dengan doktor sebelum menyertai.
- Penganjur berhak menolak atau menamatkan penyertaan sekiranya peserta didapati tidak sesuai secara fizikal.
5. Pelepasan Liabiliti
- Peserta memahami larian ini melibatkan risiko kecederaan fizikal (lebam, terseliuh, strain otot, dehidrasi, dan dalam kes jarang berlaku, kecederaan serius), dan bahawa Acara berlangsung pada waktu malam dengan keadaan cahaya yang terhad.
- Peserta bersetuju untuk membebaskan penganjur, sukarelawan dan kakitangan daripada sebarang tuntutan atau liabiliti berkaitan kecederaan, kehilangan harta benda atau kerugian semasa Acara.
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan barangan peribadi masing-masing.
6. Hak Imej & Media
- Peserta memberi kebenaran kepada penganjur untuk merakam dan menggunakan imej/video peserta semasa Acara untuk tujuan promosi, dokumentasi dan media sosial — tanpa bayaran tambahan.
- Peserta yang tidak bersetuju perlu memaklumkan penganjur secara bertulis sebelum tarikh Acara. Kegagalan berbuat demikian dianggap persetujuan.
7. Peraturan Acara
- Acara dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan bacaan Surah Al-Mulk, dan flag off dilakukan selepas itu. Peserta diminta berada di Dataran Masjid Muhammadi lebih awal.
- Flag off dilakukan selepas solat Isyak berjemaah dan bacaan Surah Al-Mulk (anggaran 8:45 malam). Waktu tepat bergantung pada waktu solat Isyak pada malam tersebut.
- Peserta mesti mematuhi laluan yang ditetapkan dan arahan petugas acara.
- Memandangkan Acara berlangsung di kawasan Masjid Muhammadi, peserta diminta menjaga adab dan memakai pakaian yang sopan sepanjang Acara.
- Penggunaan dadah, alkohol atau bahan terlarang adalah DILARANG SAMA SEKALI.
- Peserta bawah umur hendaklah diawasi oleh ibu bapa/penjaga sepanjang Acara. Ini terpakai bagi larian 5KM/2KM; acara Pelumba Haram (relay 5 × 400M) pula ada had umurnya sendiri — lihat di bawah.
- Pelumba Haram (relay 5 × 400M): Pelumba Haram untuk 18 tahun ke atas — kelahiran 2008 dan lebih awal sahaja (ikut tahun lahir). Umur dikira mengikut tahun lahir pada Kad Pengenalan, dan pendaftaran pasukan akan ditolak jika ada pelari yang tidak memenuhi syarat ini.
- Penganjur berhak menamatkan penyertaan peserta yang melanggar peraturan.
8. Force Majeure
- Penganjur berhak membatalkan, menangguh atau mengubah Acara sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan (cuaca buruk, bencana alam, wabak, arahan pihak berkuasa, dan lain-lain).
- Dalam kes sebegini, penganjur akan memaklumkan peserta melalui e-mel, WhatsApp atau saluran rasmi secepat mungkin. Sebarang pilihan gantian (penangguhan, kredit atau bayaran balik) akan dimaklumkan oleh penganjur pada masa tersebut.
9. Data Peribadi
Pemprosesan data peribadi peserta tertakluk kepada Polisi Privasi kami yang mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
10. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan terma ini, sila hubungi penganjur:
- WhatsApp Khairur Rijal Pauzi (penganjur): 016-921 1115
- Entiti penganjur: Kelab Larian Kearong
11. Pakej Pos (jersi dihantar ke rumah)
- Pakej Pos ialah jualan jersi acara sahaja, dipos ke alamat yang pembeli berikan. Ia bukan penyertaan larian — tiada gelang peserta, tiada e-sijil, tidak boleh diambil di kaunter kit, dan tidak dikira dalam kuota 300 peserta.
- Harga jersi Pakej Pos sama dengan harga jersi acara, sehelai: dewasa lengan pendek RM40, dewasa lengan panjang RM45, kanak-kanak lengan pendek RM35. Saiz jersi 3XL ke atas dikenakan tambahan RM5 sehelai. Caj pos dikenakan sebungkus, bukan sehelai: RM10 ke Semenanjung dan RM18 ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Maksimum 5 jersi sebungkus ke Semenanjung dan 3 jersi sebungkus ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Satu pesanan ialah satu bungkusan ke satu alamat.
- Penghantaran: kelompok pertama dipos dalam tempoh 2 minggu selepas acara, selewat-lewatnya 13 November 2026; pesanan selepas acara (jika dibuka) dipos dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pesanan. Tempoh tiba selepas dipos (2–4 hari bekerja ke Semenanjung, 4–7 hari bekerja ke Sabah, Sarawak & Labuan) ialah anggaran kurier dan bukan jaminan. Penghantaran ke alamat di Malaysia sahaja.
- Ketepatan alamat ialah tanggungjawab pembeli. Pembetulan mesti dimaklumkan kepada penganjur melalui e-mel (kbkearongrunner@gmail.com) sebelum 31 Oktober 2026 bagi kelompok pertama, atau secepat mungkin sebelum parcel dipos bagi pesanan selepas acara. Parcel yang dipulangkan kerana alamat salah atau penerima tiada boleh dipos semula atas kos pembeli.
- Jersi rosak atau tersalah hantar (saiz atau jenis berbeza daripada pesanan): penganjur menggantikannya dan menanggung kos pos semula (Akta Pelindungan Pengguna 1999). Saiz yang dipilih sendiri oleh pembeli tidak boleh ditukar.
- Parcel hilang atau rosak dalam penghantaran: penganjur membuat tuntutan dengan kurier dan menghantar ganti, tertakluk kepada stok.
- Bayaran balik: Selepas bayaran dibuat, pesanan tidak boleh dibatalkan atau dibayar balik, kecuali penganjur tidak dapat menghantar pesanan (bayaran balik penuh). Jersi rosak atau tersalah hantar akan diganti oleh penganjur, dan kos pos semula ditanggung penganjur. Saiz yang dipilih sendiri oleh pembeli tidak boleh ditukar.
- Penjual dan penghantar ialah Kelab Larian Kearong (No. Pendaftaran C-KTN-17968, Lot 1282 A, Jalan Pasir Hor, berhadapan Sekolah Rendah Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan), e-mel kbkearongrunner@gmail.com. Bayaran dibuat melalui FPX (perbankan dalam talian) dengan Billplz. LariHub ialah platform pendaftaran dan pembayaran; LariHub bukan penjual atau penghantar dan tidak mengendalikan aduan penghantaran.
- Reka bentuk KFR RUNIFIED dipos terus oleh vendornya, PLAYGROUND, berasingan daripada jersi lain; satu pesanan KFR RUNIFIED mengandungi jersi KFR RUNIFIED sahaja. Untuk tujuan penghantaran ini, nama, nombor telefon dan alamat penerima dikongsi dengan PLAYGROUND. Bayaran tetap dibuat melalui Billplz kepada penganjur, dan penganjur kekal bertanggungjawab atas pesanan.