Polisi Privasi
Kelate Friendship Run 2026 · Kemas kini terakhir: 30 Oktober 2026
Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana penganjur Kelate Friendship Run 2026 ("Acara") — Kelab Larian Kearong ("kami", "penganjur") — mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda mendaftar untuk Acara. Pendaftaran & pembayaran dikendalikan melalui platform teknologi LariHub (larihub.my) sebagai pemproses data bagi pihak penganjur. Polisi ini disusun selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
1. Maklumat yang Kami Kumpul
Semasa proses pendaftaran, kami mengumpul maklumat berikut:
- Maklumat pembeli: Nama, alamat e-mel, nombor telefon (WhatsApp)
- Maklumat peserta: Nama, jantina, kategori larian (5KM atau 2KM), pakej (dewasa/kanak-kanak) dan saiz jersi — saiz dikumpul untuk penyediaan jersi peserta.
- Nombor Kad Pengenalan (MyKad): untuk mengesahkan identiti peserta semasa semakan pesanan dan pengambilan kit. Umur dan jantina peserta diterbitkan daripada nombor IC.
- Alamat penghantaran, nama dan nombor telefon penerima — untuk Pakej Pos sahaja (jersi yang dipos ke rumah). Pembeli Pakej Pos tidak diminta nombor Kad Pengenalan.
- Maklumat pembayaran: Diproses oleh Billplz — kami tidak menyimpan butiran perbankan atau kad anda
- Maklumat teknikal: Alamat IP dan masa pendaftaran (untuk keselamatan & pencegahan penyalahgunaan)
- Maklumat penggunaan laman: Halaman yang dilawati, sumber lawatan (contohnya pautan iklan atau poster), jenis pelayar dan alamat IP — untuk mengukur penggunaan laman dan iklan Acara (lihat Seksyen 6)
- Pengecam iklan Meta: Jenis pelayar anda disimpan bersama pesanan. Jika anda tidak menolak pengukuran Meta (lihat Seksyen 6), pengecam kuki Meta (fbp) dan pengecam klik iklan (fbc) turut disimpan, dan dihantar kepada Meta bersama jenis pelayar selepas pembayaran berjaya
2. Tujuan Pengumpulan
Maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan berikut sahaja:
- Memproses dan mengesahkan pendaftaran anda untuk Acara
- Memproses pembayaran secara selamat melalui Billplz (FPX)
- Menghantar e-mel pengesahan pendaftaran dan maklumat berkaitan Acara
- Menguruskan pengambilan kit peserta pada 24 Oktober 2026 di REGLES
- Menghantar jersi Pakej Pos ke alamat yang anda berikan, dan menghantar nombor penjejakan parcel
- Mengesahkan penyertaan anda (check-in) pada malam Acara
- Memberitahu anda tentang acara larian akan datang oleh penganjur dan LariHub — anda boleh berhenti pada bila-bila masa
- Mengukur dan menambah baik iklan Acara di Facebook dan Instagram (lihat Seksyen 6)
- Memenuhi kewajipan undang-undang, dan perlindungan insurans peserta jika berkenaan
3. Perkongsian dengan Pihak Ketiga
Maklumat anda dikongsi hanya dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan dan mempromosikan Acara:
- Billplz Sdn Bhd — memproses pembayaran FPX secara selamat
- Supabase — penyimpanan pangkalan data pendaftaran
- Cloudflare — infrastruktur & keselamatan laman web
- Google Fonts — fon dimuatkan pada setiap halaman laman ini; Google menerima alamat IP, jenis pelayar dan asal (origin) laman, tanpa laluan atau butiran pesanan
- Resend — penghantaran e-mel pengesahan. E-mel pengesahan dihantar melalui penyedia e-mel ini, yang menyimpan satu salinan e-mel yang dihantar (termasuk alamat penghantaran Pakej Pos di dalamnya) mengikut tempoh penyimpanannya sendiri
- Penganjur (Kelab Larian Kearong) dan EasyParcel Sdn. Bhd. serta syarikat kurier yang dipilih penganjur — nama, nombor telefon dan alamat penerima Pakej Pos, hanya untuk tujuan penghantaran
- PLAYGROUND — bagi pesanan jersi KFR RUNIFIED sahaja, nama, nombor telefon dan alamat penerima dikongsi dengan vendor ini kerana ia yang memos jersi KFR RUNIFIED terus kepada anda. Hanya untuk tujuan penghantaran
- Meta Platforms (Facebook & Instagram) — mengukur dan menyampaikan iklan Acara (lihat Seksyen 6)
- Pelayan Conversions API Gateway (dihoskan di Amazon Web Services dan Google Cloud, Amerika Syarikat) — menyalurkan salinan acara piksel kepada Meta bagi pihak penganjur (lihat Seksyen 6)
- Pihak berkuasa tempatan / syarikat insurans — hanya jika diperlukan oleh undang-undang atau untuk perlindungan peserta
Pemindahan ke luar Malaysia. Pangkalan data pendaftaran disimpan di Singapura. Cloudflare, Google (Fonts), Resend, Meta dan pelayan Conversions API Gateway (Amerika Syarikat) mungkin memproses data anda di luar Malaysia, dan makluman operasi kepada pasukan teknikal kami melalui Sentry dan Telegram boleh mengandungi nombor pesanan. Kami menghantar data ke luar negara hanya untuk tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 2; penggunaan Meta sendiri ke atas data yang diterimanya diterangkan dalam Seksyen 6.
Kami TIDAK menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak untuk tujuan pemasaran.
Acara akan datang. Dengan menghantar borang pendaftaran, anda juga bersetuju supaya e-mel anda digunakan untuk memberitahu anda tentang acara larian lain oleh penganjur dan LariHub. Ayat ini dinyatakan pada borang, di bawah butang bayaran, sebelum anda menghantarnya.
Anda boleh berhenti pada bila-bila masa melalui pautan unsubscribe di kaki setiap e-mel tersebut. Berhenti daripada e-mel acara akan datang tidak menjejaskan e-mel pengesahan pendaftaran, peringatan bayaran atau makluman kit — e-mel itu dihantar kerana anda mendaftar untuk acara ini, dan bukan kerana kebenaran ini.
4. Penyimpanan & Keselamatan Data
- Data disimpan dalam pangkalan data yang selamat dan dilindungi dengan penyulitan (encryption) semasa penghantaran dan penyimpanan.
- Akses dihadkan kepada penganjur dan kakitangan yang diberi kebenaran sahaja, yang terikat dengan obligasi kerahsiaan.
- Tempoh penyimpanan: sehingga 2 tahun selepas tarikh Acara untuk tujuan rekod dan rujukan acara akan datang. Selepas itu, data akan dipadam atau dianonimkan.
- Pakej Pos: alamat penghantaran (serta nama dan nombor telefon penerima) dipadam atau dijadikan tanpa nama 90 hari selepas tarikh pos batch tersebut (tarikh ship-by-nya; bagi pra-pesanan, dikira dari tarikh pesanan dicampur tempoh pos), dan 30 hari selepas pesanan dibatalkan. Pemadaman ini dijalankan oleh sistem dan prosedur penganjur. Rekod pesanan (jersi, jumlah dibayar) disimpan seperti pesanan lain.
- Salinan sandaran (backup) pangkalan data disimpan sehingga 30 hari, jadi data yang telah dipadam masih boleh wujud dalam salinan sandaran sehingga 30 hari lagi sebelum hilang sepenuhnya.
- Walaupun kami mengambil langkah munasabah, tiada sistem 100% selamat; kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlak.
5. Hak Anda di Bawah PDPA
Sebagai subjek data, anda berhak untuk:
- Akses — meminta salinan data peribadi yang kami simpan
- Pembetulan — membetulkan maklumat yang tidak tepat
- Penghapusan — meminta data anda dipadam (tertakluk kepada obligasi undang-undang)
- Menarik balik persetujuan — pada bila-bila masa, tetapi ini mungkin menjejaskan penyertaan anda
- Menghadkan pemprosesan — meminta kami menghadkan penggunaan data anda
Untuk menguatkuasakan hak ini, sila hubungi kami (Seksyen 8). Permintaan diproses dalam 21 hari bekerja.
6. Kuki (Cookies), Piksel Meta & Penjejakan Emel
Laman ini menggunakan Piksel Meta dan Conversions API Meta (penghantaran dari pelayan kami) untuk mengukur iklan Acara di Facebook dan Instagram. Piksel hanya dimuatkan pada halaman utama (pendaftaran), halaman produk Pakej Pos (/pos) dan halaman status bayaran — tidak pada halaman semakan pesanan, sijil, Terma & Syarat atau Polisi Privasi ini. Halaman produk Pakej Pos tidak mempunyai sebarang medan borang, dan borang pesanan Pakej Pos (/pos/pesan), tempat alamat penghantaran ditaip, tidak memuatkan piksel langsung.
Draf pesanan pada peranti anda. Semasa anda mengisi borang pesanan Pakej Pos (/pos/pesan), butiran yang ditaip (termasuk alamat) disimpan sebagai draf dalam pelayar anda sendiri sahaja — ia tidak dihantar ke pelayan kami sebelum anda menekan Bayar. Draf ini disimpan sehingga 7 hari supaya anda boleh menyambung kemudian, dan dipadam sebaik sahaja anda dibawa ke halaman bayaran; draf yang lebih 7 hari dipadam apabila anda kembali ke laman ini.
Piksel menetapkan kuki Meta pada pelayar anda dan menghantar kepada Meta: halaman yang dilawati, tindakan seperti membuka borang pendaftaran atau menekan butang Bayar (bersama jumlah bayaran dan bilangan peserta), membuka halaman Pakej Pos dan menekan Pesan sekarang (tanpa jumlah bayaran), alamat IP dan jenis pelayar anda.
Apabila pembayaran berjaya, pelayan kami turut menghantar kepada Meta nilai pembelian, nombor pesanan, bilangan peserta/jersi, alamat IP, jenis pelayar, pengecam kuki Meta dan pengecam klik iklan (jika anda datang daripada iklan), serta e-mel dan nombor telefon pembeli dalam bentuk cincang (hashed) — iaitu kod sehala, bukan teks asal. Meta menggunakan kod itu untuk memadankan pembelian dengan akaun Facebook atau Instagram yang sepadan, jika ada. Pelayan kami tidak menghantar nama, nombor Kad Pengenalan, jantina, saiz jersi, butiran peserta — termasuk kanak-kanak — atau alamat penghantaran Pakej Pos kepada Meta.
Padanan automatik Meta. Akaun iklan penganjur menghidupkan tetapan padanan lanjutan automatik (automatic advanced matching) Meta. Dengan tetapan ini, piksel pada halaman pendaftaran boleh mengesan maklumat hubungan yang anda taip dalam borang — seperti e-mel, nombor telefon dan nama — dan menghantarnya kepada Meta dalam bentuk cincang (hashed), untuk memadankan lawatan anda dengan akaun Facebook atau Instagram. Nombor Kad Pengenalan tidak termasuk. Padanan automatik tidak boleh membaca alamat penghantaran Pakej Pos, kerana borang pesanan Pakej Pos tidak memuatkan piksel. Jika anda tidak mahu, gunakan cara menolak di bawah sebelum mengisi borang.
Conversions API Gateway. Piksel ini juga dipautkan kepada sebuah pelayan Conversions API Gateway milik akaun iklan penganjur, dihoskan di Amazon Web Services dan Google Cloud di Amerika Syarikat. Setiap acara yang dihantar oleh piksel (termasuk halaman, tindakan dan maklumat padanan dalam bentuk cincang di atas) turut dihantar ke pelayan itu, yang kemudian menyalurkannya kepada Meta dari pelayan. Cara menolak di bawah menghalang kedua-duanya.
Tujuan: mengetahui berapa ramai pendaftar datang daripada iklan, supaya belanja iklan Acara digunakan dengan berkesan, dan supaya iklan Acara tidak terus ditunjukkan kepada orang yang sudah membeli.
Meta menerima maklumat ini di luar Malaysia dan juga boleh menggunakannya mengikut Dasar Privasi Meta, termasuk untuk memilih iklan yang ditunjukkan kepada anda.
Cara menolak — pendaftaran dan pembayaran anda tidak terjejas:
- Tekan butang di bawah. Piksel tidak akan dimuatkan pada pelayar ini, dan
pesanan yang anda buat daripada pelayar yang sama tidak dihantar kepada
Meta dari pelayan kami. Tekan sebelum mendaftar. Tetapan ini disimpan
pada pelayar dan peranti ini sahaja, dan hilang jika anda memadam data laman. Sesetengah
pelayar (contohnya Safari) turut memadamnya sendiri selepas beberapa hari tanpa lawatan ke
laman ini — jika butang ini muncul semula, tekan sekali lagi.
- Tetapan pelayar. Hidupkan Do Not Track — piksel tidak dimuatkan. Menyekat kuki pihak ketiga atau menggunakan mod peribadi (incognito) pula mengehadkan keupayaan Meta memadankan lawatan anda dengan akaun anda. Cara ini hanya berkesan pada pelayar; ia tidak menghalang penghantaran dari pelayan selepas pembayaran — untuk itu, gunakan butang (a).
- Dalam Facebook atau Instagram: Pusat Akaun → Keutamaan iklan → Tetapan iklan → Maklumat aktiviti daripada rakan kongsi iklan.
- Minta kami berhenti atau memadam data anda — hubungi penganjur (Seksyen 8). Maklumat yang telah diterima oleh Meta tertakluk kepada Dasar Privasi Meta.
Emel rasmi kami (pengesahan pendaftaran, peringatan bayaran, makluman pengambilan kit) mengandungi satu imej penjejak halus daripada penyedia emel kami (Resend). Ia merekodkan bahawa emel tersebut telah dibuka — semata-mata supaya penganjur tahu makluman penting benar-benar sampai kepada peserta. Kami tidak merekodkan alamat IP atau peranti anda daripada emel, dan data ini tidak dikongsi dengan mana-mana pengiklan. Anda boleh mematikannya dengan menyekat pemuatan imej dalam aplikasi emel anda; kandungan emel tetap boleh dibaca sepenuhnya.
Kami juga merekodkan lawatan dalam sistem kami sendiri, tanpa kuki (halaman yang dilawati, sumber lawatan, jenis pelayar dan alamat IP), untuk statistik laman. Data ini tidak dihantar kepada Meta. Pelawat yang menghidupkan Do Not Track tidak direkodkan.
Summary in English. This site uses the Meta Pixel and the Meta Conversions API to measure the Event's ads on Facebook and Instagram. On the registration page, the Pakej Pos product page (/pos, which has no form fields) and the payment-status page only, the pixel sets Meta cookies and sends Meta the pages you visit, actions such as opening the form or pressing Bayar (Pay) with the amount and number of participants, opening the Pakej Pos page and pressing Pesan sekarang (Order now, no amount), your IP address and browser type. When a payment succeeds, our server also sends Meta the purchase value, order number, number of participants/jerseys, IP address, browser type, Meta cookie and ad-click identifiers, and the buyer's e-mail address and phone number in hashed (one-way coded) form, which Meta uses to match the purchase to a Facebook or Instagram account. Our server never sends names, IC numbers, gender, jersey sizes, participant details, including children's, or Pakej Pos delivery addresses. The Pakej Pos order form (/pos/pesan), where the delivery address is typed, never loads the pixel. The organiser has also turned on Meta's automatic advanced matching: on the registration page the pixel may detect contact details you type into the form (such as e-mail, phone number and name) and send them to Meta in hashed form. IC numbers are not included. The pixel is also linked to a Conversions API Gateway server set up for the organiser's ad account, hosted on Amazon Web Services and Google Cloud in the United States; every event the pixel sends is copied to that server, which forwards it to Meta. To avoid all of this, opt out below before filling in the form. The purpose is to measure which ads bring registrations, spend the Event's ad budget well, and stop showing the Event's ads to people who have already bought. Meta receives this data outside Malaysia and may also use it under the Meta Privacy Policy, including to choose the ads you see.
To opt out (your registration and payment are not affected): (a) press Tolak Piksel Meta pada pelayar ini above, before you register — the pixel will not load in this browser and orders placed from it are not sent to Meta by our server; (b) turn on Do Not Track — the pixel will not load; blocking third-party cookies or using private browsing only limits Meta's ability to match your visit, and none of these stops our server sending the purchase (use (a) for that); (c) in Facebook or Instagram, go to Accounts Center → Ad preferences → Ad settings → Activity information from ad partners; or (d) ask the organiser to stop or delete your data (Section 8). We also count visits in our own system without cookies; this is not sent to Meta, and Do Not Track visitors are not counted.
Pakej Pos (jersey sent by post). For Pakej Pos orders only, we collect the delivery address and the recipient's name and phone number, use them only to post the jersey and send its tracking number, and share them only with the organiser (Kelab Larian Kearong), EasyParcel Sdn. Bhd. and the courier the organiser chooses; your confirmation e-mail, which shows the address, is delivered through our e-mail provider (Resend), which keeps a copy for its own retention period. The address is deleted or anonymised 90 days after the batch's posting date (its ship-by date; for pre-orders, the order date plus the posting period), and 30 days after an order is cancelled. Database backups are kept for up to 30 days, so deleted data can remain in a backup for up to 30 more days. While you fill in the Pakej Pos order form, what you type (including the address) is saved as a draft in your own browser only, never sent to our server before you press Bayar; it is cleared as soon as you are taken to the payment page, and any draft older than 7 days is removed when you return to this site.
7. Peserta Bawah Umur
Peserta bawah umur hendaklah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga sepanjang Acara, yang berlangsung pada waktu malam. Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab ke atas maklumat dan penyertaan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
8. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan, aduan atau permohonan berkaitan data peribadi anda, sila hubungi penganjur:
- WhatsApp Khairur Rijal Pauzi (penganjur): 016-921 1115
- Entiti penganjur (pengawal data di bawah PDPA): Kelab Larian Kearong
- Pertanyaan Pakej Pos dan pembetulan alamat penghantaran: e-mel kbkearongrunner@gmail.com
9. Perubahan Polisi
Kami berhak meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini dengan tarikh "Kemas kini terakhir" dikemas kini.