Jumaat · 30 Oktober 2026 · Kota Bharu

Kelate
Friendship Run

2026


Larian malam di Dataran Masjid Muhammadi. Kita solat Isyak berjemaah dahulu, baca Surah Al-Mulk beramai-ramai, kemudian baru turun ke jalan bersama-sama.

  • Larian malam
  • Lepas Isyak & Surah Al-Mulk
  • 5KM & 2KM
  • Pelumba Haram 5 × 400M
  • Dataran Masjid Muhammadi

Pendaftaran 18 September–18 Oktober 2026 · ambil kit 24 Oktober di REGLES

Atur Cara Malam Itu

Ibadah dahulu, baru berlari

Inilah susunan malam 30 Oktober — dan susunan ini sengaja: kita berkumpul di masjid dahulu, baru bergerak ke garisan mula.

  1. 01

    Solat Isyak berjemaah

    Peserta berkumpul di Dataran Masjid Muhammadi dan menunaikan solat Isyak berjemaah dahulu. Larian menyusul selepas ibadah, bukan sebaliknya.

  2. 02

    Bacaan Surah Al-Mulk

    Selepas solat, Surah Al-Mulk dibaca beramai-ramai — memohon keberkatan malam sebelum turun ke jalan.

  3. 03

    Flag off

    Pelepasan peserta selepas bacaan selesai (anggaran 8:45 malam). Pilih jarak anda: 5KM atau 2KM.

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Surah Al-Mulk, ayat 1 — dibaca beramai-ramai sebelum flag off.

Waktu flag off: selepas solat Isyak berjemaah dan bacaan Surah Al-Mulk — anggaran 8:45 malam. Waktu tepat bergantung pada waktu solat Isyak pada malam tersebut.

Dua Jarak

Pilih jarak anda

Kategori di sini bermaksud jarak larian — 5KM atau 2KM. Semua peserta berkumpul dan bersolat Isyak berjemaah bersama; cuma jaraknya berbeza. Selain larian, ada juga Pelumba Haram — relay berpasukan 5 × 400M (acara berasingan).

5KM

Untuk yang sudah biasa berlari

Jarak penuh malam itu, bermula dan berakhir di Dataran Masjid Muhammadi. Lihat peta laluan di bawah.

2KM

Santai

Jarak pendek untuk yang baru bermula — sama-sama habiskan malam itu.

Yuran penyertaan dewasa ialah RM40 (jersi lengan pendek) atau RM45 (jersi lengan panjang) seorang, sama untuk kategori 5KM dan 2KM. Yuran kanak-kanak ialah RM35 seorang (jersi lengan pendek sahaja). Saiz jersi besar (3XL ke atas) dikenakan tambahan RM5 seorang. Kanak-kanak boleh memilih 5KM atau 2KM.

Kit Peserta

Jersi & gelang bernombor

Kit acara ini mengandungi jersi dan sekeping gelang, dan nombor peserta anda dicetak terus pada gelang itu.

  • Jersi peserta — pilih saiz semasa mendaftar.
  • Nombor peserta dicetak pada gelang — bukan pada bib.
  • Tiada bib bersemat. Tak perlu risau pin atau baju berlubang.
  • Satu jersi = satu gelang. Yuran larian 5KM/2KM sudah termasuk jersi, jadi setiap peserta larian dapat kedua-duanya.

Saiz jersi mengikut carta REGLES (potongan dewasa & kanak-kanak). Saiz jersi besar (3XL ke atas) dikenakan tambahan RM5 seorang. Yuran kanak-kanak ialah RM35 seorang (jersi lengan pendek sahaja).

Pelumba Haram (relay): gelang mengikut jersi yang pasukan beli. Wajib sekurang-kurangnya 2 jersi dewasa sepasukan, dan pasukan boleh beli sehingga 5 — satu untuk setiap pelari. Nak kesemua 5 pelari dapat jersi dan gelang, pilih jersi untuk setiap pelari semasa mendaftar.

Reka Bentuk Jersi

Jersi rasmi REGLES

Inilah jersi yang anda dapat — dicetak "KELATE FRIENDSHIP RUN", dengan potongan dewasa & kanak-kanak. Yuran dewasa RM40 (lengan pendek) / RM45 (lengan panjang). Yuran kanak-kanak ialah RM35 seorang (jersi lengan pendek sahaja). Ketuk untuk besarkan.

Pengambilan Kit

Sabtu, 24 Oktober 2026

Ambil kit anda di REGLES, enam hari sebelum acara. Kaunter buka 9 pagi hingga 6 petang.

REGLES Sportwear, Jalan Pasir Hor, Kampung Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan · Lihat peta. Tak dapat datang sendiri? Boleh wakilkan sesiapa sahaja — dia cuma perlu No. Pesanan anda dan bawa Kad Pengenalan dia sendiri.

Merchandise Kelab

Official Jersey KB Kearong Runner

Nak lebih daripada kit rasmi? Tambah jersi kelab semasa mendaftar — boleh dipilih untuk mana-mana peserta, dan saiznya berasingan daripada jersi acara.

Tempat Berkumpul

Dataran Masjid Muhammadi

Kota Bharu, Kelantan. Kita berkumpul di dataran masjid untuk solat Isyak berjemaah, dan dari situlah larian bermula.

TarikhJumaat, 30 Oktober 2026
WaktuMalam — anggaran 8:45 (lepas Isyak)
Kategori5KM, 2KM & Pelumba Haram (relay 5 × 400M)
Pendaftaran18 September–18 Oktober 2026
Ambil kit24 Oktober 2026, REGLES
Buka di Google Maps
Peta Laluan

Laluan 5KM & 2KM

Kedua-dua laluan menyusuri bandar Kota Bharu dan bermula di Dataran Masjid Muhammadi — tempat sama peserta berkumpul untuk solat Isyak berjemaah sebelum flag off. Ketuk peta untuk besarkan.

Peta laluan Kelate Friendship Run 2026. Semua peserta bermula di Dataran Masjid Muhammadi selepas solat Isyak berjemaah.

Tak dapat hadir? Dapatkan jersi melalui Pakej Pos (dipos ke rumah).

Pendaftaran

Daftar & bayar

Isi butiran setiap peserta, pilih jarak dan saiz jersi, dan bayar terus secara online. Yuran dewasa RM40 (lengan pendek) / RM45 (lengan panjang).

Maklumat pembeli
E-mel pengesahan dihantar ke sini — pastikan betul. Kalau tak jumpa nanti, semak folder Spam / Promotions.
Peserta
1 peserta Jumlah RM0.00

🔒 Bayaran selamat melalui Billplz — FPX perbankan online. Pautan bayaran dibuka selepas anda sahkan butiran.

Anjuran Kelab Larian Kearong. Ada soalan sebelum bayar? WhatsApp penganjur 016-921 1115 →

Merchandise kelab

Official Jersey KB Kearong Runner

Pilih reka bentuk & saiz — ditambah pada pesanan anda.

Pre-order jersi

Pre-order jersi KFR, dipos ke rumah

Jauh dari Kelate atau tak sempat daftar larian? Pra-pesan jersi rasmi KFR 2026 — pilih jersi acara atau reka bentuk baharu KFR Edisi Crew atau KFR RUNIFIED, dipos terus ke alamat anda. Ini bukan penyertaan larian (tiada gelang peserta atau e-sijil).

  • Jersi acara: dewasa RM40 (lengan pendek) / RM45 (lengan panjang), kanak-kanak RM35 (lengan pendek).
  • KFR Edisi Crew (reka bentuk baharu): dewasa RM45 (lengan pendek) / RM50 (lengan panjang), kanak-kanak RM40 (lengan pendek).
  • KFR RUNIFIED oleh PLAYGROUND (reka bentuk baharu): dewasa RM69 (lengan pendek).
  • Saiz 3XL ke atas tambahan RM5 sehelai.
  • Caj pos RM10 sebungkus ke Semenanjung atau RM18 sebungkus ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
  • Dipos dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pesanan.
  • Tempahan pra-pesanan masih dibuka — tarikh tutup dipaparkan di halaman Pakej Pos.
Acara Berasingan

Pelumba Haram

5 × 400M relay — acara berasingan. Satu pasukan 5 orang pelari, setiap pelari berlari 400 meter dan menyerahkan tali selempang kepada pelari seterusnya. Ini acara berasingan daripada larian 5KM/2KM — pasukan tidak perlu mendaftar larian.

Pelumba Haram (Lelaki)

7 pasukan sahaja

5 pelari lelaki sepasukan. Hadiah — 1. RM700 · 2. RM500 · 3. RM200.

Pelumba Haram (Perempuan)

5 pasukan sahaja

5 pelari perempuan sepasukan. Hadiah — 1. RM500 · 2. RM200 · 3. RM150.

Yuran penyertaan RM100 sepasukan, dan setiap pasukan wajib membeli sekurang-kurangnya 2 jersi dewasa (harga jersi dewasa sama seperti larian).

Syarat Penyertaan — 5 × 400M Relay
  1. Terbuka kepada peserta lelaki & wanita berumur 18 tahun ke atas — kelahiran 2008 dan lebih awal (dikira ikut tahun lahir).
  2. 1 pasukan terdiri daripada 5 orang pelari.
  3. Setiap pelari akan berlari 400 meter dan menyerahkan tali selempang kepada pelari seterusnya.
  4. Tali selempang wajib diserahkan dalam zon pertukaran yang ditetapkan.
  5. Perserta hendak memakai tali selempang masa berlari ,pelari yang menjatuhkannya perlu memakai semula sebelum meneruskan larian.
  6. Peserta hendaklah mematuhi laluan dan arahan crew perlumbaan.
  7. Tidak dibenarkan menghalang, menolak atau mengganggu peserta lain.
  8. Peserta wajib memakai kasut yang sesuai dan pakaian sukan yang selamat.
  9. Peserta perlu berada di kawasan check-in sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perlumbaan.
  10. Sebarang pertukaran ahli pasukan selepas pendaftaran hendaklah mendapat kelulusan penganjur.
  11. Keputusan perlumbaan berdasarkan pasukan terawal sampai ke garisan penamat.
  12. Penganjur berhak membatalkan atau menangguhkan perlumbaan atas faktor cuaca, keselamatan atau keadaan yang tidak mengizinkan.
  13. Peserta bertanggungjawab memastikan keadaan fizikal mereka sesuai untuk menyertai larian.
  14. Keputusan pegawai perlumbaan adalah muktamad bagi perkara teknikal perlumbaan.
Pengakuan Peserta

Saya mengesahkan bahawa saya menyertai pertandingan ini atas kehendak sendiri dan akan memaklumkan kepada penganjur sekiranya mengalami kecederaan atau keadaan fizikal yang boleh menjejaskan penyertaan. Saya bersetuju mematuhi semua arahan keselamatan yang ditetapkan oleh penganjur dan pegawai perlumbaan.

Maklumat pasukan
Ketua pasukan
5 orang pelari

Pelumba Haram untuk 18 tahun ke atas — kelahiran 2008 dan lebih awal sahaja (ikut tahun lahir). Wajib beli sekurang-kurangnya 2 jersi dewasa setiap pasukan (satu jersi bagi setiap pelari).

Pelari 1
Kelahiran 2008 dan lebih awal (18 tahun ke atas).
Pelari 2
Kelahiran 2008 dan lebih awal (18 tahun ke atas).
Pelari 3
Kelahiran 2008 dan lebih awal (18 tahun ke atas).
Pelari 4
Kelahiran 2008 dan lebih awal (18 tahun ke atas).
Pelari 5
Kelahiran 2008 dan lebih awal (18 tahun ke atas).
0 jersi Jumlah RM0.00

🔒 Bayaran selamat melalui Billplz — FPX perbankan online.

Soalan Lazim

Perkara yang biasa ditanya

Bila dan di mana Kelate Friendship Run 2026 berlangsung?

Jumaat, 30 Oktober 2026, di Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Ini larian malam — peserta menunaikan solat Isyak berjemaah dan membaca Surah Al-Mulk dahulu, kemudian flag off (anggaran 8:45 malam).

Ada berapa kategori dan apa jaraknya?

Larian ada dua kategori jarak: 5KM dan 2KM — anda pilih satu semasa mendaftar. Selain larian, ada juga acara berasingan Pelumba Haram (relay 5 × 400M) dengan dua kategori pasukan, lelaki dan perempuan; pasukan relay tidak perlu mendaftar larian.

Ada had umur untuk Pelumba Haram?

Ya. Pelumba Haram untuk 18 tahun ke atas — kelahiran 2008 dan lebih awal sahaja (ikut tahun lahir). Umur dikira ikut tahun lahir pada Kad Pengenalan, bukan tarikh lahir — pendaftaran pasukan ditolak kalau ada pelari yang lebih muda. Larian 5KM dan 2KM tiada had umur ini dan terbuka kepada kanak-kanak.

Berapa yuran penyertaan?

Yuran penyertaan dewasa ialah RM40 (jersi lengan pendek) atau RM45 (jersi lengan panjang) seorang, sama untuk kategori 5KM dan 2KM. Yuran kanak-kanak ialah RM35 seorang (jersi lengan pendek sahaja). Saiz jersi besar (3XL ke atas) dikenakan tambahan RM5 seorang.

Bila pendaftaran dibuka dan ditutup?

Pendaftaran dibuka 18 September 2026 dan ditutup 18 Oktober 2026 jam 11:59 malam. Borang pendaftaran ada di halaman ini.

Apa yang ada dalam kit peserta?

Kit peserta mengandungi jersi dan gelang peserta — nombor peserta anda dicetak terus pada gelang itu. Tiada bib bersemat untuk acara ini. Satu jersi datang dengan satu gelang: yuran larian 5KM dan 2KM sudah termasuk jersi, jadi setiap peserta larian dapat kedua-duanya. Untuk Pelumba Haram, gelang mengikut jersi yang pasukan beli — wajib sekurang-kurangnya 2 jersi dewasa sepasukan, dan pasukan boleh beli sehingga 5, satu untuk setiap pelari.

Bila dan di mana saya ambil kit?

Pengambilan kit pada Sabtu, 24 Oktober 2026 di REGLES Sportwear, Jalan Pasir Hor, Kampung Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan — enam hari sebelum acara. Kaunter buka 9 pagi hingga 6 petang. Tak dapat datang sendiri? Boleh wakilkan sesiapa sahaja — dia cuma perlu No. Pesanan anda dan bawa Kad Pengenalan dia sendiri.

Bayaran saya tidak berjaya — apa perlu buat?

Kalau skrin papar "Bayaran Tidak Berjaya", pendaftaran anda sudah tersimpan — bank menolak atau bayaran dibatalkan, tiada apa dicaj. Punca biasa: baki atau had harian online banking, TAC/Secure2u lewat diluluskan, atau akaun syarikat. Tekan "Cuba Bayar Semula" (bil sama, tak perlu daftar semula) atau guna bank/akaun lain — pendaftaran berganda (no. pengenalan sama) dibatalkan sendiri selepas satu dibayar. Dalam TikTok, buka dalam Chrome atau Safari. Nak semak: buka Semak Pendaftaran dengan no. pesanan dan no. telefon.

Saya tak terima e-mel pengesahan — macam mana?

Selepas bayaran berjaya, e-mel pengesahan (beserta QR check-in) dihantar automatik ke e-mel yang anda daftarkan, daripada "Kelate Friendship Run" (noreply@larihub.my). Kalau tak nampak dalam Inbox, semak folder Spam / Junk dan tab Promotions / Updates di Gmail — kadangkala ambil beberapa minit untuk sampai. Kalau jumpa dalam Spam, tekan "Bukan spam" supaya e-mel seterusnya daripada noreply@larihub.my terus masuk Inbox. Tak perlu risau jika e-mel lambat: buka Semak Pendaftaran dengan no. pesanan anda — halaman itu dan no. pesanan ialah bukti pendaftaran anda.

Macam mana nak bertanya kepada penganjur?

WhatsApp penganjur, Khairur Rijal Pauzi, di 016-921 1115.

Belum ada di sini? WhatsApp penganjur di 016-921 1115.

Galeri Aktiviti Kelab

Aktiviti Kelab Larian Kearong

Gambar aktiviti lepas Kelab Larian Kearong — larian malam menyusuri Kota Bharu, perhimpunan di Dataran Masjid Muhammadi, dan bacaan berjemaah. Ketuk untuk besarkan.

Semua gambar ialah aktiviti lepas Kelab Larian Kearong, bukan gambar acara Kelate Friendship Run 2026.

Ikuti KB Kearong Runner

Kelab Larian Kearong di media sosial — video larian kelab dan kemas kini Kelate Friendship Run.

@kbkearongrunner

Rakan Anjuran Bersama
  • Queen Fitness
  • Black Horse Runner
  • Worst Pace Scenario
  • Panji Runners
  • Sensei Crew Running Club
  • Pasir Puteh Striders
  • Khube Lhanar Runners
  • Sireh Slow Runner Club
  • ZZRC
  • Cahaya Runners Group
  • Team Dogo Dogo Runner
  • Splash Run Club
  • Zero Logic Running Club
  • TMRC — Tanah Merah Running Club
  • Panji Project
  • KB Runners
  • Gomuse Running Club
  • Tasik Krai Runner
  • Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu

Logo rakan anjuran bersama juga ada pada poster rasmi di atas.

Galeri

Made with